Followers

Monday, October 7, 2013

Warisan Ibu - Bukan Pinggan Mangkuk Tetapi Ilmu!

Usia emakku dah semakin bertambah. Pergerakannya dah semakin lemah berbanding dulu, suaranya pun sangat perlahan kedengaran ke telingaku, dan daya ingatannya juga dah semakin berkurangan.
Pun begitu aku  anak yang sulung sangat bertuah kerana masih sempat melihat kecantikan emak sewaktu muda, akalnya pintar dan ideanya bernas senada dengan pergerakannya yang cepat dan tangkas. Aku sungguh mengkagumi  kekuatan dalamannya, tabah dan sabar menempuh cabaran membesarkan kami sembilan beradik, walau dengan serba kepayahan emak mampu menjaga makan pakai kami adik beradik hinggakan kami membesar dengan sihat tanpa sebarang penyakit dan berupaya pula melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi semahu kami.

Minggu lepas sewaktu pulang ke rumah emak, aku meminta izin dari emak untuk menyimpan secara personal pinggan mangkuk lama yang pernah aku dan adik-adikku gunakan semasa kecil-kecil dulu. Emakku tidak pernah memiliki koleksi pinggan mangkuk yang mahal-mahal atau dari luar negara. Apalagi yang disimpan dalam almari, itu jauh sekali. Yang ada di dapur itulah yang kami gunakan sekeluarga. Seingat-ingat aku emak bermain kutu pinggan mangkuk dan gelas beberapa dozen untuk digunakan di dapur kami. Dan tentulah aku pun salah seorang ejen yang ligat memecahkan pinggan mangkuk emak sejak dari kecil :p

Aku tidak dapat menjawab pertanyaan emak untuk apa aku nakkan pinggan lama yang dah tak digunakan tu, tetapi hatiku yang sebak itulah jawapan kepada persoalan tersebut. Hakikatnya itulah, usia kami ada pada pinggan lama itu, kenangan kami bersama emak dan ayah terukir di pinggan lama itu. 


Hanya ini yang tinggal,
2 pasang cawan dan 6 biji pinggan makan berlainan corak
yang lain dah pecah (emak cakap dah jadi baja tanah..hahaha!!


Emak beli dah lama, yang lain dah pecah



pinggan makan pokok buluh emas
dah tertanggal-tanggal cat emasnya
masa aku kecik-kecik paling suka guna pinggan ni, emasnya berkilau-kilau
dah tinggal sebiji!


tinggal sebiji jugak
bunga padi



bunga warna biru
aku tak tahu nama apa
hanya ada sebiji ni je!


tinggal sebiji
bunga kekwa hitam



bunga kangkung
adikku Rafikah suka guna pinggan ni
ada sebiji jugakla!


bunga twin roses
dah ada stain tapi yang inilah paling cantik bagiku dan koleksi termahal buatku .hehe!
pun tinggal sebiji ni je!

Terima kasih emak! Bukan pinggan mangkuk ini yang berharga, tetapi kasih sayang dan didikan dari emaklah yang paling aku hargai. Sayang sangat pada emak!

Wednesday, October 2, 2013

PMR : Selamat Menghadapi Peperiksaan Wahai Pelajar-pelajarku Sayang!

                             

Kenangan manis bersama bekas pelajar SMKDMPR1 di Melaka, yang ikut serta termasuklah Nurzihan, Anis Sofea dan Mutieah.


Menitis airmataku sebaik mendengar suara bekas pelajar-pelajarku dari sekolah lamaku, mereka berkongsi telefon dan menelefonku bergilir-gilir sorang demi sorang bercakap denganku di talian. Mereka menangis dan meluahkan rasa rindu serta mahu menemuiku unuk mendapatkan restu sebelum menduduki PMR. Perasaanku sebak dan lidahku terkedu, terasa inginku  berlari mendapatkan mereka namun jarak dan tugas jadi penghalang antara kami.

Lantaran itu, besoknya pagi-pagi lagi aku singgah ke sekolah lama semata-mata untuk bertemu dengan mereka, dan ya Allah..hanya Allah yang tahu gelora jiwaku..sedih, terharu, gembira, pedih, dan segalanya. Masih terasa hangatnya pelukan mereka dan esak tangis, namun aku tahu mereka gembira aku menunaikan permintaan mereka.Tak puas rasanya  saat yang terlalu singkat itu..tetapi aku yakin mereka sudah bersedia untuk exam ini dengan sebenar-benar persediaan. Aku dah bersama-sama mereka selama hampir 3 tahun dan sangat mengenali karektor setiap orang dari mereka. Namun aku bersyukur kerana kami masih boleh berhubung sepanjang masa, sms pun tak pernah putus untuk bertanya khabar.

Di kesempatan ini aku mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada semua pelajarku di SMK Ipoh serta bekas pelajarku di SMKDMPR1. Aku mahu mereka tahu betapa tingginya harapanku kepada mereka agar memahami pentingnya ilmu sebagai penyuluh sepanjang kehidupan. Bukan bilangan A yang menjadi ukuran tetapi ilmu yang diperolehi dan dimanfaatkan itulah yang akan menjadi obor menerangi liku-liku kehidupan mereka. 

Aku berdoa ke hadrat Allah swt agar semua pelajarku yang sedang menjalani peperiksaan hari ni mendapat ketenangan dan rahmat Allah hendaknya. Mudah-mudahan diilhamkan Allah segala ilmu yang telah dipelajari di atas kertas jawapan. In Sya Allah. Selebihnya bertawakkal kepada Allah, kerana segala usaha dan ikhtiar telah mereka laksanakan selama ini.




Nurul Husna - try ur best k!

Aku tidak menyimpan koleksi gambar-gambar bersama-sama mereka, tetapi mana yang ada denganku ini ajelah yang dapat aku blogkan. Antaranya termasuklah ketika aku menghadiri Majlis Jamuan Tahun Tingkatan 1KRKA tahun 2010 di KFC Tanah Merah (masa ni masing-masing baby face lagi!)



 Nurzihan yang lemah lembut dan bijak!



Husna Diana, Hazwani dan Mutieah sewaktu kami sama-sama menyertai Program Khidmat Masyarakat ke Melaka dan KL pada tahun 2012




Asma' yang keletah dan manja


Farah dan Asfa akrab sejak dulu



Fatin Anis Syakira dan Syamimi
cute dan genius
(janji dengan cikgu dapatkan straight A k!)


Asyikin - salah seorang calon straight A jugak!


Gudluck semua!


Result keluar nanti kita celebrate k!



Naim dan Afiq Mustaqim
Jejaka dua orang ni memang pemalu sangat-sangat!
Nak amik gambar payah betul, cikgu takde koleksi lain hanya ini satu-satunya.