Followers

Wednesday, September 25, 2013

Tanaman Sayuran : Selepas 10 hari Pembajaan!

Terasa lapang apabila melihat pokok-pokok yang ditanam semakin membesar dengan subur, selepas 10 hari pembajaan daun kelihatan rimbun dan menghijau.


pokok kacang panjang telah mengeluarkan daun-daun baru serta sulur paut kesan dari pembajaan yang sempurna




kelihatan sulur paut (tendril) mula mencari dahan untuk berpaut 
(junjung yang disediakan sengaja menghala ke arah pagar supaya pokok dapat memanjat ke pagar nanti)





 pokok kangkung pun semakin menghijau dan terdapat pertambahan daun-daun



pokok kacang parang yang sama spesis dengan pokok kacang panjang



cubaan pertama kami menanam pokok kacang parang
harap-harap nanti akan membuahkan hasil yang lumayan,,hihihi!!

Monday, September 23, 2013

Sejuk Tangan Suami !


Aku hairan tengok Encik Suami tanam pokok kacang panjang ni, dia semai hanya sebiji je biji benih tapi bila dah tumbuh bukan main subur lagi pokok dia :p

Apa tidaknya, pagi-pagi siram, petang pun siram, membaja pun sudah !



buahnya kami dah petik beberapa kali buat ulam, bubuh dalam nasi goreng pun dah! hehe! jangan maraaah!



Aku pun ada tanam kat Kebun Sekolah bersama-sama pelajarku, tapi tak subur macam yang dia tanam, gara-gara belum letak baja!


inilah pokok yang aku maksudkan, daun pun dah kekuningan tapi beberapa hari lepas aku dah isikan baja, nanti pokok dah subur aku blogkan ok!


Sweet Moments!


Cuti Hari 1 Malaysia 16hb lepas,  spontan je suami ajak kami berkelah ke Pantai Air Tawar Kuala Besut, aku siapkan makanan yang simple je nasi putih, daging goreng dengan ulam-ulaman, meehun goreng dan perapan beberapa ekor ayam serta 2 paket besar hotdog dan nanti boleh bakar kat pantai je, sedap makan panas-panas gitu. Macam lipas kudung buat kerja, pukul 10 pagi dah bertolak ke pantai..hahaha...

Aku ajak adikku Rafikah dan anak-anaknya serta emakku juga, pengasuh Cik Nina pun tak ketinggalan,,hehe,,seronok sungguh.


Syaza(sepupu Amy), Abah dan Amy



Abah jadi pengawas gadis-gadis genit ni mandi-manda



Pulang dah petang dan semua orang lepak habis, tertidur awal dengan perut kekenyangan.
Dan pagi besoknya aku kelam-kabut ke sekolah dan menggosok baju waktu pagi :p
Aku memang tak sempat merakam gambar banyak-banyak  tapi adikku Ikah dah blogkan momen ni, jom jenguk   Blog Adikku 

Sunday, September 22, 2013

Penjagaan Anak Pokok : Membaja

Kira-kira 3 minggu lepas hujan selalu turun di Kg Gual Ipoh dan pelajar tidak turun ke kebun untuk menyiram anak-anak pokok yang kami semai memandangkan tanah yang sedia basah, semaian pun tumbuh dengan baik. 

Minggu ni cuaca agak panas, dan hujan pun tidak lagi turun. Mungkin cuaca akan terus panas memanjang.
Aku membawa pelajar-pelajarku ke kebun untuk membaja pokok-pokok  yang kami tanam. Walaubagaimanapun aktiviti tidak berlangsung lama, hanya 40 minit sahaja kerana kebimbanganku terhadap mereka yang terdedah kepada bahang matahari yang terik akan menjejaskan kesihatan pula.


 pokok kangkung yang disemai setelah 3 minggu
memerlukan pembajaan untuk terus membesar



alur dibina di sepanjang batas sebelum menabur baja.
seterusnya alur ditutup dengan satu lapisan tanah untuk mengelakkan baja turun dari batas semasa menyiram




kami menggunakan baja organik iaitu baja tahi ayam yang dibeli dari nursery
penggunaan baja organik dapat mengurangkan risiko bahan kimia yang diserap oleh tubuh melalui pemakanan



Pembajaan diakhiri dengan penyiraman

Monday, September 16, 2013

Menguji Peratus Percambahan Biji Benih!

Aktiviti menguji peratusan percambahan biji benih perlu dilakukan sebelum sesuatu biji benih di semai di atas tapak semaian. Biji benih yang baik mempunyai kadar percambahan yang tinggi. Ini  akan dapat menentukan kuantiti biji benih yang diperlukan adalah mencukupi. Sekiranya peratusan percambahannya rendah, maka biji benih itu kurang baik dan tidak sesuai untuk disemai.

Aktiviti : Menguji Peratusan Percambahan Biji Benih
Tingkatan : 1 Sains Pertanian 3
Tempoh : 5 hari
Bahan dan Alat : Biji benih (apa saja biji benih yang mahu ditanam), air suling, kapas lembab, piring petri



saya menyediakan kira-kira 50 biji benih kacang hijau untuk diuji peratusan percambahan



kapas takde, so gunakan tisu macam ni, ok je!



 susun tisu dalam piring petri (saya gunakan bekas kuih raya sebab ia lebih besar :p
kemudian lembabkan tisu tadi dengan air suling (jangan banjir k!)




letakkan biji benih dalam piring petri, tutup piring petri dan biarkan biji benih beberapa hari sehingga bercambah, jangan lupa lembabkan kapas dari masa ke semasa



biji benih yang bercambah setelah 3 hari,
                                       dicatatkan terdapat 1 biji sahaja yang tidak bercambah


Untuk mengira peratus percambahan, gunakanlah formula berikut:


Peratusan percambahan:

 Bilangan yang bercambah/Jumlah biji benih yang disemai x 100%
=49/50 x 100%
=98%
Rumusan : biji benih di atas adalah sangat bermutu dan sesuai untuk disemai.


setelah 2 minggu
kalau dah jadi gini boleh terus dipindahkan ke tapak penanaman ok!

Monday, September 2, 2013

Memindah Anak Benih Bendi!

Pelajar-pelajarku excited betul pagi ni sebaik aku mengajak mereka memindah anak-anak benih Kacang Bendi ke tapak penanaman. Ada yang tanya 'dah berbuah nanti saya nak bawa pulang kat Ibu, boleh tak Cikgu?',,hohoho..boleh sesangatla...inikan titik peluh kita bersama-sama...



 Anak benih pada hari ke 5 (Khamis)
Aku sempat buat shoot sebelum pulang :p
 almaklumlah cuti 3 hari tak sempat tengok anak benih membesar,huhuhu...



Apabila kami datang arini (Isnin) dah masuk hari ke 9 dan anak benih yang kami semai dah sedia untuk dipindahkan ke tapak penanaman.


Semaian anak benih Kacang Bendi hari ke 9
(Isnin)

Mengubah Anak Benih : Langkah Demi Langkah




Pilih anak benih yang sihat dan subur, kemudian siram  semaian sehingga medium di dalamnya lembab, ini bertujuan mengelakkan medium terlerai semasa kerja pengubahan. Medium yang lerai akan memutuskan akar anak benih yang masih lembut.


Tandakan lubang penanaman dengan jarak yang sesuai bagi keluasan tanah dan saiz pokok
Sediakan lubang pada medium di atas tapak penanaman menggunakan sudip tangan sehingga ruang mencukupi untuk diletakkan anak benih bersama-sama medium



Gunakan pisau (cutter) untuk menuris beg politena semasa mengeluarkan anak benih bersama-sama medium,
berhati-hati agar tidak mencederakan tangan anda dan rakan-rakan ok!



Keluarkan anak benih  bersama-sama segumpal medium dengan kedua belah tangan supaya medium tidak terlerai atau berterabur (orang kelate kata 'pecoh sembur......hihihi!)


Letak anak benih bersama-sama medium dalam lubang penanaman yang telah disediakan dengan cermat k, pastikan saiz ruang adalah sesuai dengan saiz medium 



Tambahkan medium sehingga memenuhi lubang penanaman dan tekan dengan tangan sehingga medium padat dan kemas, ini bertujuan untuk memegang anak pokok supaya tidak tumbang




Orait! Dah siap tanam pun!




Amboi! bukan main ramai lagi pemerhati kat atas tu ya!



Dan akhirnya, jangan lupa siram ok!
(sambil basuh-basuh tangan....hahaha....!!)


Okeylah, dah tamat satu sesi p&p selama 40 minit. Mereka kena pergi siram pokok ni tiap-tiap pagi baru pokok dapat tumbuh membesar dengan subur. 
Minggu depan kami bercadang nak buat aktiviti membaja kat batas sayur kangkong pula, tengok tu kangkong dah mula tumbuh. (Kami menyemai Kangkong pada hari yang sama menyemai Bendi).


Kangkong yang disemai pada batas penanaman 
(kaedah tabur terus)