Followers

Saturday, August 31, 2013

Watercolours Resort Pulau Perhentian!

Sebaik pulang dari sekolah petang Khamis aku dan suami bergegas bertolak ke jeti Kuala Besut takut terlepas speed boat terakhir pukul 4..30 ke Pulau Perhentian. Alhamdulillah cuaca petang ni memang bagus takde pun angin ke, ribut atau hujan, speed boat yang memecut laju membawa kami sampai ke destinasi  lebih kurang dalam 25 minit je, lagipun penumpang tak ramai trip petang ni, mula-mula singgah Coral Bay turunkan 2 orang, kemudian ke Long Beach pelancong asing 6 orang, ramai yang turun bersama-sama kami ke Pulau Perhentian Besar, beberapa orang menginap di Perhentian Island Resort, kat Coral View pun ada dan 4 orang kat Watercolours Resort.

Hilang rindu rasanya bila dah dapat jumpa Udin, anak kesayangan kami....semua anak adalah anak kesayangan k! tak kiralah anak no 1 hingga no 8 sama saja,,hehe!! Banyak betul ceritanya begitu begini, almaklumlah dah 2 minggu dia menjalani praktikal, tapi yang jelas dia gembira..baguslah!
Aku lihat matanya bersinar semasa bercerita dapat menyentuh kaki-kaki penyu semasa snorkeling, hmmm..
besar sangat badannya ma.,,hahaha,,aku tertawa dan menumpang kegembiraan bersama-samanya.



pemandangan pada pukul 6 petang dari menara  Coral View dan Watercolour Resort

Kalau nak bercerita tentang keindahan pulau memang tak pernah habis, pantainya, pasirnya, batu karang, air lautnya yang biru, ombak, penyu yang jinak, ikan dan hidupan marine, burung, flora dan fauna segalanya indah dan mengasyikkan. Masakan tidak, pengunjung tak pernah putus-putus dan datang dari segenap pelosok dunia dan bagi yang pernah ke sini pasti menyimpan hasrat untuk berkunjung lagi. 

Malam ini kebetulan cuaca sungguh baik,  hatiku berbisik ingin menikmati setiap detik dan saat di sini dengan semaksimum yang mungkin agar dapat menghirup udara sesegar ini sepuas-puasnya.
Dan setelah larut malam barulah kami kembali ke bilik untuk melelapkan mata. 


Seawal jam 7 pagi kami meyusuri sepanjang pantai dan berjalan, berjalan dan berjalan lagi hingga kaki cakap penaaaaaaaaaaaaaaaatnya!! kaki pun tau cakap penat...hihihihi...dan bila perut menari joget lambak baru kami breakfast..time tu nikmatnya secawan nescafe tu berbeza sangat dengan nescafe yang aku selalu minum kat kantin sekolah,...memang sedaaaap sangat,,huhuhu!!



Breakfast pagi ni Udin yang belanja,,best!!


Kalau mahu thrill banyak aktiviti boleh buat kat sini, scuba diving ada, snorkeling pun, berkayak atau keliling pulau ada water taxi service, boatman boleh hantar mana-mana tempat yang kita mahu hanya bayar sejumlah wang saja.
Perkhidmatan Scuba Diving yang disediakan, rm300 untuk menyewa peralatan serta menyelam selama 2 jam untuk 2 sesi menyelam (aku takde lesen menyelam tak dapatla joint)




Water Taxi Service boleh bawa kita ke destinasi yang diingini



Pulau kat belakang kami tu ialah Pulau Perhentian Kecil




Sebelum ke Watercolours Resort jumpa Coral View Resort dulu
Pantainya dipenuhi batu karang untuk peminat snorkeling



Pantai di hadapan Watercolours Resort



Taxi yang mengangkut penumpang ke tengah laut sebelum pindah ke dalam boat yang datang seawal jam 8 pagi untuk kembali ke Kuala Besut



Sebelum bertolak pulang  


Bila sampai masa nak pulang mula terasa sebak tinggalkan Udin di sini, tapi aku tengok Udin relax je, abah pun buat muka selamba, aku pulak yang terlebih-lebih sedih, alahai hati ibu memang macam ni lah, selalu mudah tersentuh. 
Mama mendoakan kesejahteraan Udin di sana dan selalu dalam perlindungan Allah hendaknya, Amin.
Nanti ada masa terluang kami akan berkunjung lagi dan berjumpa Udin k!

Tuesday, August 27, 2013

Penyemaian Biji Benih - Bendi!


Menyediakan tempat penanaman bendi

Mengajar kelas Sains Pertanian selalu dapat kelas yang hujung-hujung (pelajar agak slow part teori),
tapi mereka suka berada di Kebun Sains ,,walaupun ada juga yang suka main sorok-sorok dan kejar-kejar dengan cikgu :p (sempat lagi rembat buah rambutan kat pokok belakang Stor Pertanian,,huhuhu,,,)
cikgunya je yang buat muka selamba ,,jap jer mereka menyorok nanti joint sekali gak!,,saja jer nak tarik perhatian dan bermanja dengan cikgunya, ,,,nasib baikla u all  dapat cikgu yang sabar dan sweet macam Cikgu Noriza ni,,,,kaaaaaannnn!!

Kotak simen yang disediakan begini memang sangat sesuai untuk ditanam sayur-sayuran berbuah seperti kacang bendi dan cili. Itu yang aku berminat sehari dua ni, sebaik dapat cangkul pelajar-pelajar ni memang tangkas buat kerja. Untuk mendapatkan medium penanaman yang baik campurkan terus ketiga-tiga medium iaitu tanah loam, baja organik dan pasir sungai dengan nisbah 7 : 3 : 2

Tempat penanaman Bendi dah siap dan dibiarkan seminggu sebelum memindahkan anak benih


Aku agak bernasib baik kali ini kerana segala keperluan untuk aktiviti penanaman telah tersedia, so takdelah terbantut, kecuali benih kangkong je yang belum ada, pulang dari sekolah terus singgah di Aneka Supermarket dan beli 10 paket,,,harap-harap projek ni akan berjalan lancar, In Shaa Allah.


Semaian Biji Benih Bendi
Hari ke 2

Hari pertama menyiapkan tempat penanaman, tanpa bertangguh aku mengajak pelajar-pelajarku mengisi medium di dalam beg politena dan menyemai biji benih sebanyak 3 biji untuk setiap beg, dah siap menyemai terus siram dan letakkan di tempat teduh.
Seorang pelajar dapat satu beg dan tugas mereka hari-hari mesti datang ke kebun dan mempastikan biji benih mereka berkeadaan baik, jika ada biji benih yang tak tumbuh, harus digantikan dengan biji benih yang baru.

Semaian Biji Benih
Hari ke 3

Part menunggu anak benih tumbuh dan keluar daun macam ni lah yang buat aku excited sangat, itu yang hari-hari datang ke kebun, beria-ia suruh pelajar jaga polibeg masing-masing, tapi nampaknya cikgunya yang lebih-lebih jaga, siap belek-belek anak semaian satu demi satu,,,hihihihi,,pagi-pagi lagi dah tercatuk kat kebun :p



Semaian Biji Benih
Hari ke 4 dah keluar daun dua helai,,ada yang terbuka dan ada yang masih dalam kulit,,huhuhu,,!!

Minggu ni dah habis aktiviti di kebun, tunggu hari Isnin nanti nak memindahkan anak benih ke tapak penanaman..hai,,cikgunya yang macam tak sabar tunggu Isnin, maklumlah hari Ahad cuti kemerdekaan.
Terasa macam nak ajak pelajar-pelajar ke kebun hari Ahad tu, tapi takut bertembung dengan plan suami la pulak. (Dia ada cakap nak ajakku ke Pulau Perhentian melawat Udin, tapi tak pasti lagi la,,)
Takpelah, nanti esok masih ada,, pelajar-pelajarku dah beri signal, diorang memang free kalau demi cikgu sanggup datang sekolah walau hujung minggu,,bagus kan diorang ni!




Monday, August 26, 2013

Jamuan Hari Raya!

Hari ni genap 20 Syawal, dan kami sambut Hari Raya di Bilik Guru, best sangat!
Macam biasa buat makan-makan dan inilah hasilnya,,hehehe...


macam-macam ada!



Ustazah Sabariah 



Tapai Pulut dan Puding Rossele



 Buah-buahan!




Tidak ketinggalan Sate,,,!


Friday, August 23, 2013

Nostalgia Jemput Kurma!

Semasa baru-baru kahwin dulu, suamiku meminta aku buatkan untuknya Jemput-jemput Kurma, terbeliak mataku mendengarnya kerana tak pernah buat dan tak tahu macam mana nak membuatnya. 
Dia cakap mudah je, campur tepung dengan kurma kemudian goreng, dah jadi jemput-jemput,,hehe..

Aku cuba buat beberapa kali dan selalu kena komplen,,dia kata aku buat tak sedap macam arwah neneknya buat!!
Alahai,,inilah yang lomah ni,,mana boleh compare dengan orang dolu-dolu kaaan,,,mereka dah mahir...

Aku tanya mengapa dia suka jemput kurma, sedangkan banyak lagi jemput-jemput lain yang lebih sedap.
Part inilah yang membuatkan dia bercerita tentang arwah neneknya dan aku mula memahami mengapa ia melekat di hati suamiku.
Arwah neneknya selalu membuat jemput kurma untuknya bila dia lapar,, kadang-kadang hari larut malam pun arwah buatkan juga bila dia minta. Bila pergi rumah neneknya dia dah sinonim dengan jemput kurma.

Patutlah bila suamiku meminta aku buatkan jemput-jemput kurma, beria-ia dia meminta dan merengek-rengek, kalah budak kecik!.huhuhuhu!!! Dan aku pun cepat-cepatlah buatkan sebab dah tau kalau tak buat nanti sekejap lagi dia akan minta lagi,,,! agaknya suatu hari nanti jika salah seorang di antara kami pergi menyahut seruan Ilahi mungkin jemput kurma adalah salah satu nostalgia kami yang kekal abadi..



Aku tak pernah pandai buat jemput-jemput kurma tapi selalu diminta membuatnya!



Dan belum sempat masak yang dalam kuali , yang dihidangkan dah pun licin!!



Lagi satu yang membuat aku rasa hairan ialah anak-anakku juga turut gemar dengan Jemput Kurma ni, macam berpakat pula diorang ni kan..padahal takdelah sedap mana pun.

Resipi Jemput Kurma
1/2 kotak kurma
2 cawan tepung gandum
1 camca besar gula
secubit garam
air secukupnya


Dah bancuh, goreng,,hehehe,,siap!

Wednesday, August 21, 2013

Kemahiran Hidup Bersepadu Elektif Pertanian Tingkatan Satu : Tanaman Sayuran

Tahun ini aku berhasrat untuk menanam sayur-sayuran di kebun sekolah. Tempoh masa yang masih ada (Ogos hingga awal November) adalah sesuai untuk sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, kacang panjang, bendi, dan cili.
Langkah permulaan adalah penyediaan tapak.

Penyediaan Tapak

Ciri-ciri tapak paling sesuai :
 * tanah loam yang subur
* tapak rata untuk mengurangkan hakisan
* terdapat punca air
* mendapat bekalan cahaya matahari
* ada kemudahan pengangkutan untuk pemasaran

Menguji pH Tanah
Meter pH
Langkahnya mudah saja, cucukkan meter ke dalam tanah untuk mengetahui tahap keasidan tanah

Nilai pH tanah yang sesuai untuk menanam sayur-sayuran adalah antara pH 5.5 hingga pH 6.5
Gunakan Meter pH untuk membuat pengujian pH tanah. Jika pH kurang dari 7, tanah adalah berasid.
jika pH melebihi 7 tanah adalah beralkali.
Pengapuran dilakukan jika tanah terlalu berasid, iaitu menabur kapur dan biarkan selama seminggu.








Projek tanaman sayuran kami telah bermula hari ini. Aku telah membawa pelajar mengenalpasti tapak untuk tanaman sayuran di kebun sekolah. Kerja-kerja yang telah terlaksana meliputi :

* Membersih Tapak
Pokok-pokok kecil ditebas dan dikumpulkan. Tunggul pokok digali dan rumput dipotong serta dikumpulkan di suatu tempat untuk dijadikan baja kompos.

* Menggembur Tanah
Selepas membersih tapak, kerja menggembur tanah dijalankan. Cangkul digunakan (kawasan kecil je)
untuk kerja menggembur. Tanah digembur sedalam 20-30 cm untuk menghancurkan tanah kepada ketulan yang kecil. Tujuan menggembur untuk membaiki pengudaraan dan saliran, memusnahkan rumpai serta membunuh organisma. (Pengapuran tanah tidak perlu dilakukan kerana tanah sedia subur dan sesuai untuk tanaman sayur-sayuran.

*Membina Batas


Kerja-kerja membina batas yang sedang dijalankan



Selepas kerja menggembur selesai, kerja membina batas pula dilakukan. Saiz batas diukur dari bilangan batas yang hendak dibina ditentukan. Lebar batas ialah 100 cm, tingginya 15-25 cm, dan panjang batas bergantung kepada saiz kebun. Jarak antara batas ialah 45 cm.

Tujuan batas dibina adalah untuk mengelakkan tanah daripada ditakungi air dan memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti merumput, menyiram, dan mengawal haiwan perosak.

Monday, August 19, 2013

Udin Dah Praktikal Kat Pulau Perhentian!

Aku ambil cuti sehari hantar anak bujang, Muhd Izzaludin pergi melapor diri untuk buat praktikal di Pulau Perhentian. Hantar kat jeti je, taklah sampai pulau tau.

Udin amik kursus Perhotelan kat Kolej Hanis Kota Bharu dan kini akan  buat praktikal kat Watercolour Resort di Pulau Perhentian Besar selama 3 bulan.


bot dah sampai!


kami hantar hingga dalam bot!


sempat posing jap!

Okeylah, semoga Udin buat praktikal dengan bagus, nanti ada rezeki kami akan melawat Udin kat pulau dan mama mendoakan kesejahteraan Udin di sana k!

Monday, August 12, 2013

Almond London!

Masa lapang arini aku ajak adikku Mama Ikah buat Biskut Almond London. Harap projek kami menjadi,hehehe.

Resipi Almond London

250gram butter
100gram gula aising
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
250gram tepung gandum
100gram tepung jagung

Langkah membuatnya:

doh yang siap diuli

Pukul butter dengan gula, masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang diayak. Uli hingga membentuk doh.


kacang almond yang siap dibakar

Sebelum membuat doh adalah digalakkan membakar kacang almond terlebih dahulu. Sebaik doh siap diuli kerja membentuk biskut boleh diteruskan.

Isi kacang almond ke dalam doh sebagai inti membentuk biskut dan susun di atas dulang pembakar yang telah disapu majerin/butter.

sebelum dibakar


Letakkan dulang pembakar ke dalam oven dan bakar sehingga bangkit bau wangi ye!


dah masak ok!


cairkan coklat kaedah double boiler

 Terdapat pelbagai jenis coklat untuk celup Biskut Almond London. Tetapi yang saya suka guna ialah Coklat Beryls sebab ia sedap tau!


celupkan biskut ke dalam coklat yang tengah cair
kemudian isi dalam cup



cup berwarna nampak cantik tapi comot coklat tak dapat disorok



jangan lupa tabur hiasan kat atasnya
selalu orang guna crunchy almond tapi takde stok 
so guna gula urai je!



cup warna hitam lebih menyerlah dan dapat menyorokkan comot coklat



ok! dah siap!



Sesape yang terlebih rajin lebih baik buat sendiri, kalau tunjuk2 harganya sekotak rm25++, takkan nak beli sekotak je tentu berkotak2 kan,,so sesekali buat sendiri puas rasa hati  :)

Friday, August 9, 2013

Seronoknya Beraya!

Salam Aidilfitri kepada semua muslim,
Nikmat orang berpuasa adalah ketika berbuka dan ketika menyambut 1 Syawal
Alhamdulillah!

pagi raya umah atuk sebelah abah dulu


anak2 perempuan sporting bila diajak bergambar
anak2 lelaki pemalu sikit,,hehehe


akrab semenjak kecil
kakak dan sepupu, Nurul Fatin


di pagi raya yang ceria



anak2ku bersama sepupu Nurul  Ashiqin


aku pun perasan wajah mereka seiras,,sepupu la katakan!


anak-anakku yang menjadi penyeri hidup kami

Petang raya kat rumah atuk sebelah mama kat Blog Mama Ikah,,jom layan,,hihihi!!!