Followers

Saturday, July 27, 2013

Tempahan Mula Sampai!


Maruku dari KL 
Tengok macam sedap,,harap-harap mata dan telinga tak menipu


 Almond Cookies yang ditempah kat Facebook pun tiba serentak,,wow!!


Masuk Bilik Guru je dah dapat Maruku sedap ni,,,huhuhu,,,Hari Raya lambat lagi tapi bahangnya dah hangaaaaatt sangatt,,sekotak harganya RM8,,,aku tempah 4 kotak,,,belum pernah cuba tapi kawan-kawan Smk Ipoh cakap paling tiptop tiap tahun,,

Besok lusa menyusul pula tempahan yang lain,,hehehe,,tunggu bayar je,,nak raya katakan!!

Tuesday, July 23, 2013

Mau Pengsan Rasanya!


alahai,,,ini yang dia tulis?,,huhuhu,,!!

Aku tengok bukan main tekun dia menulis,,buat laporan amali Sains Pertanian Tingkatan Satu untuk evidens PBS,,rupanya ini,,?

Hmm,,,ada satu Tingkatan lagi iaitu Tingkatan Dua ada dua orang yang macam ni,,
Huhuhu,,,maaaakk,,,mau pecah kepala rasanya!

Thursday, July 18, 2013

Resipi Puding Gula Hangus!!

Kakak bercerita Puding Gula Hangus yang dijualnya di Bazar Ramadhan sangat laris dan ada pelanggan tetap,,kalau semalam mereka beli arini pasti datang nak beli lagi,
Aku cakap Kakak mesti buat banyak dari biasa sebab pelanggan makin bertambah, apalagi menjelang Aidil Fitri nanti perantau akan mula pulang  membanjiri kampung,,

Di sini kuturunkan resipi Puding Gula Hangus  yang Kakak guna setiap hari untuk membuatnya,


gambar puding yang kurakam di gerai kakak di bazar ramadhan


gambar ni yang kakak upload kat facebooknya


Puding Gula Hangus

a)  1 cawan gula letak dalam loyang bulat saiz sederhana (muat untuk diletakkan dalam pengukus nanti), letakkan loyang berisi gula di atas dapur dengan api sederhana,
kacau gula sehingga berwarna kuning keemasan, masukkan sedikit air,
padamkan api, ketepikan sehingga ia beku,

b) Resepi Puding
1 tin susu cair
10 bji telur saiz besar (A)
1 sudu teh esen vanila/rose putih 
1 cawan gula
1 cawan air
Putarkan semua bahan sekejap sahaja sehingga rata tetapi jangan berbuih ,tapiskan adunan ke dlm loyang berisi  gula hangus tadi, letakkan loyang dalam pengukus dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana,,


Semudah 1, 2, 3 membuatnya,,,lagipun ia sedap dan berkhasiat,,

Wednesday, July 17, 2013

Rumput Cina!




Ustazah Roslaini menghulurkan padaku sepohon pokok Rumput Cina, beliau cakap ambillah pokok ni tanam di rumah,,aku tanya apa khasiatnya ,,hahaha,,kalau pokok mesti nak tahu khasiatnya apa,,

Beliau beritahuku tanam banyak-banyak dan nanti ambil pokoknya untuk direbus sekali dengan akarnya juga,,khasiatnya ialah untuk membersihkan buah pinggang dan air kencing,,

Sangat bermanfaat tau!
Terimakasih Ustazah,,!

Lumrah Manusia Suka Menyalahkan Orang Lain!

Manusia memang begitu,
Bila berlaku kesilapan jarang yang mahu mengakui kesilapan tersebut, sebaliknya menuding jari ke arah orang lain,
Kadang-kadang sanggup menipu walaupun terang-terang kesilapan itu datang dari dirinya sendiri,




Rindu!


Semasa singgah mengambil Ateh  di SMKDMPR1 tadi, aku terpandang 2 orang bekas pelajarku Fatin dan Husna,,mereka tersenyum dengan wajah gembira lalu  kuturunkan cermin kereta dan melambai2 ke arah mereka,,memang pedih hatiku,,rasanya begitu banyak airmata ini tumpah kerana perpisahan ini,,tetapi percayalah aku sentiasa sayang dan merindui pelajarku,,walau di mana mereka berada,

Afiq Mustaqim
jangan lupa janji kita k!
nak dapat A KH



Nurul Husna
comel dan manja macam anak saudaraku yang kupanggil Una tu,,huhuhu



mereka memang pemalu sangat,,anak dara katakan!
kalaulah mereka tahu masa aku amik gambar2 ni aku dah nak pergi tentu mereka tidak membuang pandang padaku seperti ini :(



Azma , Afiq dan Naim
3 anak teruna yang aku jaga dengan penuh kasih sayang


tahun lepas pergi Melaka dengan Mutiah, Nurzihan dan Anis Sofea



Azri Haziq



Amirul Amin
nama manja dia Puyuk

Walau di mana kita berada hati kita tetap bersatu k!
Cikgu doakan u all dapat result gempak PMR nanti,,dan pastikan KH dapat A,,pasti boleh!!

Thursday, July 11, 2013

Segalanya Tinggal Kenangan!

Semenjak bertugas di tempat baru saya selalu rindukan kenangan bersama bekas pelajar-pelajar di sekolah lama,
Tetapi tidak mengapalah,,suatu hari nanti kalau ada jodoh kita dapat jumpa lagi kan,!


tahun 2012 saya jaga kelas 2AG2



awal tahun 2013 saya sempat jaga kelas 2KRKA


Tetapi bila berada di sekolah baru saya tidak mendapat peluang menjadi Guru Tingkatan,
Walaubagaimanapun tugas tetap dilaksanakan dengan hati terbuka dan ikhlas serta komited,

Kakak Buka Gerai Di Bazar Ramadhan!

 Berjaya juga hasrat kakak nak buka gerai di Bazar Ramadhan,,arini hari kedua berpuasa mereka tiga bersaudara (bersama sepupu dan mak saudara) menyediakan kuih untuk berbuka,,


arini baru intro',,nanti besok menu lauk-pauk akan ditambah,,hehehe,,bestnyee!!


puding gula hangus rm2 sepotong,,,wah wah!! saya pula yang promote!!


antara kuih-kuih yang dijual ,,yang ini pun rm2 sebungkus,,,kalau nak order dengan saya pun boleh,,,hihihi!!!




puding pun ada!


3 gadis berwawasan,,,pujian ikhlas ni tau!!


hendak seribu daya ,,kalau ada kemahuan tentu ada rezeki,,betul tak kak!!


berada di bazar ramadhan cepat betul wang mengalir keluar,,,apa taknya,,semua sedaaap-sedaaaap belaka,,!!


pengunjung bazar tak pernah putus sepanjang Ramadhan

Wednesday, July 10, 2013

Marhaban Ya Ramadhan!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, bulan penuh barakah,,semoga menghadirkan kewangian dalam hidup kita semua, Amin,
Thai Muslim women pray in a mosque in the southern province of Pattani, Thailand on July 23.2012
 (Surapan Boonthanom/Reuters)

Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2012/07/gambar-gambar-menarik-dari-seluruh.html#ixzz2YeNashbJ




Monday, July 8, 2013

Jamuan Pra Ramadhan!!

Aku jadi hairan dah sekarang, entah mengapa suka sangat kalau dapat buat post pasal makan,,,huhuhu,,
aku suka makan dan asyik ingat pasal makan,,hehehehe,,!!
Rakan-rakan guru buat majlis penutup bulan Syaaban di bilik guru dengan makan-makan lagi!!


cuba teka!! makan apa,,,hihihihi,,!


tu dia,,,mee kari la awak,,,hehe,,!!

Masing-masing bawa sejenis bahan dan bertemu di atas meja,,maka menjadi lah mee kari,,,!!
Sedaaaaaap sangat!!

tengoklah kuah karinya,,Cikgu Jeminam yang masak kuah ni,,,memang power!! baunya harum semerbak hingga ke luar bilik guru,,,tak tahaaaaan,,!!


saya sediakan puding sebagai dessert :p
(kat rumah ada lagi,,nak rasa jemputlah ke rumah,,hihihihi,,!!)


ada yang bawa kuih raya tau,,,jangan maraaah k!!


kalau hari-hari makan besar macam  ni,,harus saya makin gemukla,,,hehehe,,!!!


jemput makan semua,,, cikgu-cikgu memang serba-serbi boleh,,!!
respect sangaaaaat!!!!

Monday, July 1, 2013

Hari Makan Colek Sedunia!

Bulan Syaaban dah nak berlalu,,minggu depan kita menyambut bulan Ramadhan,,
rakan-rakan guru buat pot luck makan colek kat bilik guru,,jom!!

ada yang bawa buah salak,,,huhuhu,,,sedaaaaap!




hehe,,,buah (mangga) pauh ringan pun ada,,,,,maaak,,,kecurrrrr!!!


sengkuang ni wajib,,,kalau tak ada,,,tak puashati makan colek,,hehehe,,


saya bawa buah pauh lemak!


taraaaa,,,,,sedap ooooooo,,,,,


waaahhh,,,,,jangan lupa buah nenas k,,!


jom,,,makan colek campur,,!


tu diaaa,,,,colek special cikgu zainab yang buat ni,,,
jom,,jemput makan!!!