Followers

Monday, June 17, 2013

SMK IPOH : I Am Here!

Saya telah mengajar di  sekolah baru! SMK Ipoh, Tanah Merah,,
Teruja juga bila tiba-tiba segalanya menjadi baru,,
Wajah baru!
Semangat baru!
Hati baru!

bengkel baru!

bilik guru baru!

nikmatnya hidup bila bilik guru bersetentang dengan bengkel kemahiran hidup,,keluar masuk bengkel dari bilik guru hanya dua tiga langkah je,,hihiihi

rakan-rakan guru baru!

students baru!

Segalanya baru belaka,,,cikgunya je orang lama,,hehehe!

Wednesday, June 12, 2013

Terimakasih Suamiku! Terimakasih Anak2ku!

Tiada ungkapan paling mahal dapat kuhulurkan buat suami dan anak-anakku setelah perjuangan ini berakhir hari ini,, terimakasih buat suamiku kerana tidak pernah berhenti memberi dorongan dan sokongan, terimakasih anak-anakku yang tersayang kerana sangat memahami dan mengerti erti menuntut ilmu,,sungguh aku bertuah punyai kamu semua,

Sidia yang selalu berada di sisiku tika aku memerlukan


Dalam tempoh pengajian tanpa disangka kami dianugerahkan seorang lagi puteri, Siti Nur Ainina Najwa, baby yang sangat memahamiku sejak dari kandungan hingga kini  tidak pernah memberi kerenah kepadaku untuk meneruskan pengajianku,
Itulah rezeki Allah yang sangat luas dan tiada sempadan kepada hambaNya,,


Kini Cik Nina pun dah berumur 2 tahun

Aku masih ingat pada tahun 1992 aku terpaksa berpisah dengan kedua putera dan puteri sulungku yang masih kecil kerana melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan di Johor Bahru, dan kini setelah aku menyambung pengajian lagi ia benar-benar menuntut pengorbanan mereka lagi, harus  pula mengganti tugasku untuk menguruskan adik-adik yang masih kecil,,
Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan urusan kami,
Terimakasih Yeng!
Terimakasih Kakak!
Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan kamu berdua, 



Putera sulung Amierul Bahrain Shah dan puteri kedua Asmat Salsabila yang banyak berkorban dan menjadi tulang belakang demi adik-adik


Puteri-puteriku yang menceriakan keluarga kami



Mereka adalah sumber kekuatanku,,
terimakasih kerana sentiasa memberiku semangat dan harapan!!



Keluarga besar kami,,!


Ateh dan Aqis kata nak belajar universiti juga nanti,,
insyaallah!


Majlis Konvokesyen OUM Ke 14!

Berakhir sudah pengajian selama hampir 4 tahun di OUM dan kini tibalah hari penutupnya,,majlis yang berlangsung penuh meriah,  hati ini sungguh ceria dan bahagia sekali rasanya,,maklumlah hari yang diidamkan tiba jua akhirnya,


Dewan Merdeka PWTC
pada 10 Jun 2013


Taraaa,,,,inilah saya,,graduan tua,,,haha,,



Di sini saya jumpa kembar Noriza,, hehe
yang depan ni Noriza Husain manakala  tudung merah tu Noriza Yaacob


Dah dapat ijazah idaman,,,tahniah Noriza,,!! hua hua hua,,,


Jamu Produk Awek Indonesia!

Seringkali bila pergi KL saya takkan melepaskan peluang minum jamu minah indon di Chow Kit Road,
ucapannya manja-manja,,senyum sokmo gitu,,bila melepasi gerainya  saya pasti singgah dan minum jamunya,


tengoklah bodynya,,,,slim!!!


Kalau nak minum jamu ni kita boleh pilih berbagai jenis jamu yang ada,, dan boleh kombinasi hingga 3 paket sekaligus,,kemudian pilih sama ada nak telur ayam atau telur itik beberapa biji yang kita suka,,,tambahan lain ialah beras kencur, madu, jus limau dan jus anggur,,,dalam satu bekas di blend hingga jadi gini,,,


segelas jamu dan segelas air halia ni baru RM6

Wah,,,lepas minum je badan berpeluh dan hangat sekali,,,memang bagus untuk wanita berusia seperti saya,,hehe,,jomla,,

Sunday, June 9, 2013

Konvo + Holiday !!

Dah lama tak datang KL bawa semua anak-anak. Selalu bawa si kecil je, kali ni kakak pun boleh joint sekali, abang Yeng pun kerja kat sini, dapat berkumpul sekaligus. Kami bertolak ke Kuantan dan bermalam di sana, besoknya baru turun KL,,Memang seronok sungguh, Tetapi si kecil yang tengah petah bercakap tu asyik minta roti je,,(kalau lapar dia minta macam-macam,,hehe)


Si Bongsu Nina pun dah boring asyik ajak turun dari kereta je,



Kite-kite ni nak keluar meronda,,jomla,,hehe,,


Tengok tu Cik Nina dah tak menyempat nak keluar jalan


Bersama 6 orang anak perempuan kami!


Ala,,mama belum betul-betul duduk  dah amik gambar,,haha!


Ha,,ni baru betul ready,,


Sudah-sudahla tu,,jom posing kat tempat lain pulak!


Angah dan Adik,,main cubit pipi ke,,!


Kasi chance mama pun nak posing k!


Alahai tak puas-puas lagi,,

Okeylah,,nanti besok kita posing kat Dewan Merdeka, PWTC pulak,,sapa yang nak joint jomla,,saya ajak sungguh-sungguh ni,,