Followers

Thursday, January 31, 2013

Ulam Untuk Makan Malam Ni!

Sekarang ni musim Pokok Gajus atau nama lainnya Jambu Golok sedang mengeluarkan pucuk.
Pokok gajus yang ditanam di rumah saya juga sedang rancak berpucuk.

tengok, pucuknya macam melambai-lambai supaya dipetik untuk dibuat ulam!




kita digalakkan makan pucuk Jambu Golok kerana ia dapat melambatkan proses penuaan juga. Huhu..terbaeek!



 memang sedap kalau makan nasi panas-panas diiringi budu atau dicicah dengan sambal belacan...lalala..mak mertua datang pun tak sedar!!..



Bila selalu diamalkan tubuh akan sentiasa sihat dan bertenaga. Bagi mereka yang ada kencing manis dan darah tinggi juga sangat membantu mengurangkan tekanan darah serta merendahkan kadar gula dalam darah.
Kandungan utama dalam pucuk Gajus ialah 89.0g adalah air, 3.8g adalah protein dan 4.5g adalah karbohidrat. Ia juga anti oksidan bagi  mencegah penyakit kanser.
Daun Gajus yang tua juga boleh digunakan untuk merawat sakit gigi atau perut meragam dengan meminum air rebusannya.




ulam saya untuk malam ni...Pucuk Ketereh!

So, bagi sesiapa yang mahu awet muda dan ceria selalu saya mencadangkan tambahlah menu dengan ulam seperti Pucuk Jambu Golok atau Pucuk Ketereh ini!..hehe..










Sunday, January 27, 2013

Jenguk Kantin Sekolah Jap!

Pagi-pagi breakfast kat kantin sekolah dah jadi rutin bagiku. Selalu air soya panas jadi kegemaranku. Kalau mood bagus aku makan nasi dengan ikan rebus goreng (sedaap ooo)..tapi kalau malam tadi dah makan nasi kat rumah, pagi-pagi boleh jamah kuih-muih, lain tak boleh masuk. Memang itulah feel perutku.Kuih-muih kat kantin memang macam-macam, semuanya sedap-sedap sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.



Putu Mayam ada!..


Orang Kelantan panggil Kuih Serabe (macam adik-beradik Putu Mayam) kuah sama acuan kuih je berbeza


Kuih Koci pun ada.


Kuih Kosui "paling suka kuih ni ..mudah je nak membuatnya tapi klu tunjuk2 lagi mudah..hehe!


ha..yang ini Kuih Ulat Bulu (gatalnya)..tepung pulut digaul kelapa dan tabur kacang dal..seeedaaaap!


tak tau nama la..ubikayu parut yang dikukus bersama gula dan gaul dengan kelapa..pun sedap!


kuih tersohor di Kelantan Kuih Lompat Tikam..yaah


Kuih Cara Berlauk..yummy!


Nasi Lemak RM1.50 sedap ni!


anak lelaki saya panggil Kuih Jelebak Ubi...hahaha!!
yang warna purple dan orange tu ubi keledek k!


Kuih Kosui Cawan..meriah gitu!


wantan berinti kacang tanah tumbuk dimakan dengan cili api dan salad serta bawang putih goreng..saya pun tak tau nama kuih ni..tapi pokoknya sedaaaaaap sangat..!!


Kalau lambat turun kantin kadang-kadang jam 8.30 pagi kuih muih dah sold out..so kena cepat-cepat k!
(saya ni jadi promoter Maksu Kantin pulak!..hihihi!).





Tuesday, January 22, 2013

Aku Mahu Jadi Guru Yang Diredhai Allah!

Oh Tuhanku!
Kau bukalah pintu hatiku untuk melaksanakan tanggungjawabku dengan niat yang betul.
Kau jauhkanlah aku dari hasutan iblis dan syaitan serta hasutan sesama manusia.
Amin!

Tuesday, January 15, 2013

Lapang!

Terasa ringan betul kepala ini sebaik selesai menamatkan pengajianku. Setelah hampir 4 tahun bertungkus-lumus dan bersengkang mata kini segalanya sudah berakhir.
Alhamdulillah syukur kupanjatkan kepada Allah yang maha esa.

Kini aku sudah bebas untuk menambah aktiviti yang dahulunya agak terhad akibat kesuntukan waktu.
Antaranya seperti berkebun. Dah lama menanam igauan untuk menjadikan aktiviti berkebun sebagai rutin. (menjadi ke?)
Kalau sebelum ini turun ke laman sejam seminggu untuk berkebun rasa macam tak berbaloi je. Kesian pokok2 yang ditanam tidak mendapat penjagaan yang cukup.

 

saya tanam halia tapi suami yang jaga :p


Saya gemar makan ulam-ulaman seperti halia muda, bunga halia, kunyit muda, bunga kunyit, pegaga, daun cekur dan pucuk jambu golok. Kalau boleh ulam-ulaman macam ni biar selalu ada di laman supaya bila terasa nak makan, boleh terus petik je..huhuhu..


bunga halia ni dah selamat saya buat ulam cecah dengan budu..hehehe!!

Kunyit pun perlu selalu ada di laman rumah sebab ia mengandungi anti oksidan yang tinggi. Menggunakan kunyit serbuk sangat membahayakan kerana kandungan pewarna dan pengawet boleh mengaktifkan sel kanser jugak (melalui pembacaan saya). Kalau gunakan kunyit hidup ia lebih relevan kerana segar dan sedap. Mudah je hanya bersihkan dan kisar dengan garam kasar, buat banyak-banyak sekaligus. 
(Teringat pula kenangan masa emak masih sihat dulu, dia selalu bekalkan saya sebalang besar kunyit kisar tiap kali balik kampung mesti dapat). Sekarang buat sendiri dan boleh bersedekah pula pada jiran-jiran.


lepas makan ulam kunyit muda gigi mesti jadi berwarna kuning
 tapi rasanya..mak ai..seeedaaaap!



serai ni saya baru tanam, tak boleh petik lagi la..time nak guna serai kena minta dengan Mak Jah jiran depan rumah...minta 2 batang dia beri 20 batang..hahaha


Sekarang saya dah mula menyemai benih-benih pokok-pokok herba lain juga. Nanti bila  update blog, saya akan bercerita lagi k!
 Bye!
Wassalam.



Wednesday, January 9, 2013

Memberi Dan Menerima

                           
                              Dr Azizan Osman mengunjungi Tn Guru Nik Aziz Nik Mat setahun  lalu


Benar sekali kata orang bijak pandai, "Hari ini kita menolong orang, esok ataupun hari ini juga Allah akan tolong kita." "Sekiranya kita sentiasa ingat pada Allah, maka Allah akan sentiasa ingat pada kita.

Secara mudahnya, kita mesti memberi terlebih dahulu sebelum menerima. Apa yang kita beri sama ada baik ataupun buruk, itulah yang akan kita terima.

Sebelum mendapat sesuatu, kita perlu melakukan perkara yang berkaitan dengan apa yang kita mahukan. Begitulah hukum hidup ini, jarang sekali kita dapat menerima sebelum memberi.

Sesungguhnya hidup ini simple. "What u give u will get back." Patutlah Dr Azizan Osman selalu mengingatkan kita supaya "hidup jangan banyak komplen."

Wassalam. Jumpa lagi nanti.