Followers

Wednesday, March 31, 2010

Hisham di Jordan

Inilah wajah terbaru adik bongsuku Hisham setelah enam bulan melanjutkan pengajian di bumi Jordan.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday, March 28, 2010

Setiap Anak Permata Negara

Setiap kali berakhir sesi kelas, pelajarku pasti datang menghulurkan tangan dan mencium tanganku.

Apakah yang bermain di kotak fikiranku saat itu?

Photobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
Di sebalik wajah-wajah polos ini, kelak akan lahirlah pemimpin-pemimpin hebat yang bakal memimpin umat di masa hadapan.
Di sebalik sinar mata penuh kesucian ini nanti akan muncul pejuang agama Allah, sebagai khalifah yang akan berjuang , sehingga tertegaknya syariat Allah di muka bumi ini.

Di sebalik kehangatan jejari mulus ini, aku yakin suatu hari nanti akan lahir doktor ternama dan mungkin akan merawatku apabila aku sudah tua nanti, atau peguam atau pensyarah yang mungkin bakal mendidik anak-anakku atau cucu cicitku kelak.
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Photobucket-wajah inilah nanti yang akan menjadi anggota keselamatan serta perajurit tanahair yang akan menjaga keselamatan negara serta memastikan kita dapat hidup dalam suasana penuh aman dan harmoni sepanjang zaman

Begitu sucinya hati anak-anak ini, meraih tanganku dan mengucupnya tanpa kompromi.Menganggap aku begitu sempurna bagaikan ibu sendiri.Betapa bertuahnya aku!
Siapalah aku untuk dikasihi sebegini setiap hari, sedangkan aku berkhidmat kerana mengikut perjajnjian dengan kerajan dan dibayar gaji pula. Namun apa yang aku perolehi bukan sahaja kerjaya dan gaji semata-mata tetapi lebih daripada itu.
Aku memperolehi kasih sayang yang tidak ternilai banyaknya dari anak-anak didikku, sesuatu yang tidak aku perolehi jika aku tidak berada di sini!
PhotobucketPhotobucket
Diriku ibarat sebuah teksi penumpang yang kerjanya mengangkut dan menghantar penumpang ke destinasi, dikerah segala kuasa dan tenaga setiap hari.Maka enjinnya perlu selalu diservis dan dipastikan sentiasa berkeadaan baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.
Aku perlu selalu muhasabah diri, kerana aku hanya manusia biasa,Aku mencintai kerjaya ini serta anak-anak didikku.Bagiku tiada kebahagiaan hakiki bagi seorang guru selain melihat kejayaan pelajar yang telah dididiknya.

Wednesday, March 24, 2010

Jom Padam Lampu!

Marilah kita sama-sama bergelap selama 1 jam demi mengurangkan pemanasan bumi kita!
Padamkan semua lampu dan hentikan penggunaan alat elektrik selama tempoh tersebut.
Tarikhnya ialah pada 27 Mac 2010 ( Sabtu) mulai 8.30pm hingga 9.30pm.
Program Earth Hour ini telah dimulakan pada tahun 2007 oleh penduduk Sydney.
Saya dipelawa oleh rakan blogger Amir dan memanjangkan pelawaan ini kepada pengunjung blog saya pula.

Suratan Atau Kebetulan - Allah Maha Tahu

24 Mac 2010
sudah tertulis 
genaplah usia suamiku 42 tahun
sekaligus genaplah usia perkahwinan kami 22 tahun
tiada hadiah harijadi paling mahal buatmu lelaki, selain seorang isteri
tiada hadiah ulangtahun perkahwinan paling berharga, selain anak-anak
Selamat Harijadi dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan untukmu suamiku. 
Selamat Hari Jadi Abah! - dari Balqis
Ucapan dari Siti Nur Fatnun


Tuesday, March 16, 2010

Kita

keterbatasan waktu
kian menjarakkan kita

aku menunggu bicaramu
menyapaku
bagai dulu
dan
memori kisah kita
bisa berulang lagi

Sunday, March 14, 2010

Hobi Baru!

Kebelakangan ini aku perasan hobiku telah berubah
Aku dah ada hobi baru
Fotografi!
Kalau surf internet paling suka berlama-lama kat Sini
Suka betul ambil gambar itu ini tapi tengoklah
Frust  dengan gambar-gambar yang terhasil tu
Maklumlah harga pun Rm200 je
Kalaulah aku berjaya dapatkan kamera baru...
Hmmm...



Saturday, March 13, 2010

Egg Crafts!

Hasilnya tidak berapa licin sangat, kerana kulit ni bergolek-golek ditiup angin semasa aku menyemburnya

Seingat aku kali pertama dan terakhir belajar eggcrafts semasa aku Darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Machang, Kelantan pada tahun1975!
Sebenarnya aku sudah lupa nama guru yang mengajar subjek Lukisan & Kerjatangan itu. Maklumlah subjek ini hanya seminggu sekali dan kadang-kadang dibatalkan.

Dia jugalah yang mengajar aku menjahit cross-stitch. Aku melukis gambar seekor beruang di atas kain bersaiz 10cm x 10cm yang diedarkannya kepada setiap orang murid.
Ada kawan-kawanku yang membuang-buang sahaja kain tersebut, tetapi aku berjaya menyiapkan jahitan (walau dengan susah payahnya) serta buruk rupanya.
Mungkin kerana aku sangat berminat sebenarnya.
Tetapi sejak itu aku memang boleh menjahit cross-stitch tanpa masalah lagi.

Semasa dia mengajar kami melukis di atas kulit telur serta menghiasnya, pada sangkaanku hanya itu sahaja cara untuk mencantikkan kulit telur tersebut.(gunakan cat air).
Bagiku tiada istimewa apa pun eggcraft ini. Maklumlah aku masih kecil masa tu dan tidak pernah didedahkan dengan dunia seni yang luas ini.
Tetapi hari ini  aku telah menggunakan ilmu yang dititipkannya ini untuk membereskan assignmentku.


Gunakan spray adalah kaedah yang paling mudah untuk mendapatkan permukaan yang cantik dalam eggcraft, kos pun murah hanya Rm5 satu tin
Kali pertama buat eggcraft selepas 35 tahun!
Lakukan aktiviti menyembur cat spray semasa cuaca kering untuk hasil terbaik
Sembur satu lapisan nipis, tunggu hingga kering baru sembur lagi, semburan boleh dibuat beberapa lapisan hingga mendapat hasil yang dikehendaki
Rupa-rupanya eggcraft sangat popular selepas itu dan terdapat pelbagai kaedah yang telah diterokai oleh manusia untuk menghasilkan produk seni yang tiada sempadan ini.

Sebenarnya puas aku recall nama guru tersebut, tetapi gagal.
Namun aku sangat terhutang budi dan berterima kasih kepadanya dengan ilmu yang telah dicurahkannya kepada kami. Walau di mana dia berada aku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.

Terima kasih cikgu!

Thursday, March 11, 2010

Assignment Semester Dua OUM-Kemahiran Hidup - Projek Rekacipta




Tin aluminium mudah di dapati di mana sahaja

Soalan tugasan Kemahiran Hidup Semester Dua berbunyi lebih kurang seperti berikut:

 'Hasilkan suatu produk yang boleh berfungsi serta mempunyai nilai komersial (menarik minat pengguna untuk membeli) dari barang terbuang seperti reja kayu, lebihan logam, plastik, pvc, komponen elektronik (LED, buzer dan lain-lain) atau barang lain yang boleh dikitar semula.'

Aku bercadang untuk menghasilkan suatu produk yang kecil sahaja tetapi penuh unsur-unsur seni dan mempunyai nilai komersial yang tinggi, serta menepati pula citarasaku sebagai seorang wanita.
Barang terbuang yang aku gunakan ialah tin aluminium dan kulit telur. Kemudian ditambah nilai dengan cat spray, renda dan reben.



Maafla aku ni kidal!
 Langkah-langkah penyediaan:
@Sediakan lukisan kerja.
@ Sediakan jadual kerja.
@ Sediakan bahan-bahan Projek Rekacipta : tin aluminium, kulit telur, cat spray, hot glue, reben dan renda serta bunga-bunga kecil sebagai hiasan.
@ Sediakan alatan tangan seperti Pita Pengukur, Permanent Marker Pen, Gunting, Cutter, Playar Muncung Tirus, Tukul Warrington dan Hot Glue Gun.

Langkah Menyediakan Bahan:
@ Baca dan terjemahkan Lukisan Kerja.
@ Ukur tin aluminium menggunakan Pita Pengukur dan tandakan dengan Permanent Marker Pen di tempat yang akan dipotong (di tengah-tengah badan tin).
@ Potong tin aluminium menggunakan Gunting atau Cutter hingga mendapat dua bahagian yang sama besar.
@ Gunakan Permanent Marker Pen untuk menanda hujung tin yang telah dikerat sebagai basi kelim kira-kira 5 mm bagi mengemas tepi kelim.
@ Bengkokkan hujung tin dengan Playar Muncung Tirus bagi memudahkan kerja mengemas tepi kelim
@ Ketuk tepi kelim menggunakan Tukul Warrington untuk mengemas dan melicinkan tepi kelim.

      Menyapu Kemasan Awal:
      @ Susun tin aluminium di atas kertas. 
@ Sembur dengan cat spray satu lapisan nipis. 
@ Lakukan aktiviti semburan sewaktu cuaca kering untuk mendapatkan hasil kemasan yang cantik dan licin.
Semburan dilakukan satu lapisan nipis, tunggu hingga kering.
Barulah diulangi lagi semburan kedua dan begitulah seterusnya hingga mendapat hasil kemasan yang benar-benar sempurna. 
@ Kulit telur juga dicat dengan cat spray mengikut warna yang dikehendaki.
Memasang Kemasan Akhir:
@Panaskan Hot Glue menggunakan Hot Glue Gun.
@Lekatkan renda, reben dan hiasan bunga-bunga kecil pada bahagian luar tin aluminium.

 Beginilah rupa kemasan bahagian luar yang telah siap.



Kulit telur yang telah siap disembur cat spray



Bahan-bahan penambah nilai komersial



Lukisan Keratan menunjukkan kedua-dua bahagian yang dipotong
Lukisan Unjuran Ortografik menunjukkan Pandangan Hadapan Tin Aluminium yang masih belum dipotong.


 Langkah-langkah Kemasan terakhir:
@ Seterusnya sediakan kemasan pada bahagian dalam menggunakan plastik atau beg politena yang dilekatkan dengan Hot Glue.
@ Langkah terakhir sekali ialah susun 'telur dalam bekas yang telah siap.
@ Nah, terhasillah Hantaran Bunga Telur  Pengantin.
 Kemasan bahagian dalam menggunakan plastik beg politena kerana mudah didapati tanpa membeli di kedai
 Inilah rupa Hantaran Bunga Telur Pengantin yang mudah disediakan, cepat serta menjimatkan kos

Hantaran Bunga Telur Pengantin
Refleksi kendiri berkenaan projek rekacipta hasil barang kitar semula

Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu ini aku telah berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin seperti berikut:
*Merujuk maklumat daripada kawan-kawan sepengajian serta rakan-rakan guru Kemahiran Hidup untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas dan terperinci.
*      Merujuk dan membuat kolaborasi dengan Pensyarah Kemahiran Hidup iaitu Cik Fauziah Bt Haji Jamil berkenaan maklumat lengkap yang perlu ada dalam pendokumentasian, serta langkah-langkah melaksanakan tugasan projek serta mendapatkan tips membuat persembahan terbaik di ms powerpoint.

*      Melalui pembacaan dari buku dan majalah berkaitan barang-barang kitar semula.

*      membuat kajian dan penyelidikan di kedai dan di tempat komersial untuk mendapatkan idea tentang penggunaan barang kitar semula berasaskan logam.

*      melayari internet dan mendapatkan maklumat secukupnya tentang penggunaan produk komersial yang telah dikitar semula.

Hasil dari kajian tersebut aku mendapati :
*      Proses kitar semula produk logam ini telah membantu mengurangkan kadar pencemaran hasil pembuangan sampah. Penduduk kurang terdedah kepada pencemaran sekaligus taraf kesihatan adalah lebih baik.

*      Apabila produk ini dikitar semula, ia dapat memberi pendapatan sampingan kepada pihak yang terlibat jika mampu menghasilkan produk yang berkualiti kepada pengguna.

*      Aku memilih untuk membuat projek ke atas tin minuman aluminium kerana faktor-faktor mudah didapati, dapat mengurangkan kuantiti sampah domestik, selamat digunakan serta tidak membahayakan pengguna.

*      Projek Rekacipta Hantaran Bunga Telur  Pengantin ini tercetus setelah  aku dapati bunga telur  sangat penting di dalam majlis perkahwinan tetapi harganya sangat mahal.
Adalah diharapkan dengan penggunaan tin aluminium ini sebagai bekas telur adalah lebih praktikal
dengan kos yang murah tetapi berkualiti dan setanding dengan Bunga Telur yang dibeli di kedai, serta mempunyai nilai-nilai komersial setelah ia ditambah nilai.

*      Besar harapanku  projek ini dapat menyumbang idea yang lebih kreatif  kepada orang lain di masa-masa yang akan datang. Apalagi memandangkan kos mengendalikan majlis perkahwinan adalah terlalu tinggi serta perlu menyediakan pelbagai peralatan pengantin yang mahal dan di luar kemampuan.








Tuesday, March 9, 2010

Hujan!!









pagi ini hujan turun di sekolahku
meluruhkan butir-butir mutiara
tiada lagi wajah-wajah lesu
guru-guru pun tersenyum
pelajar-pelajar keriangan
dedaun menari kegirangan

setelah sekian lama penantian
terima kasih Tuhan!