Followers

Thursday, February 25, 2010

Dapat Anak Saudara Lagi!

Muhammad Adam Ikhwan

Tahun ini ibuku bakal menimang cucu seramai 5 orang (mungkin lebih). Dan tentulah anak saudaraku bertambah lagi.

Tahniah kepada adikku Azlan dan Hanim dengan kehadiran cahayamata kedua. Selamat dilahirkan pada 04 Februari 2010 di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang.

Sila klik di [wandaud]untuk maklumat yang lebih terperinci.

Monday, February 22, 2010

Mesin Pengadun Serbaguna Falcon

Boleh mengadun dan membentuk kuih

Inilah mesin pengadun serbaguna jenama Falcon yang boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih seperti tart nenas, roti, pasta, bihun, laksa, maruku, kerepek, mee, biskut raya dan lain-lain lagi.
Acuan Pembentuk Jalur
 Mesin ini boleh digunakan untuk membancuh sebarang adunan kuih-muih, roti, mee dan lain-lain dalam kuantiti lebih kurang 1 kilogram tepung untuk sekali adunan.

Ia menyediakan pelbagai bentuk acuan untuk pelbagai kegunaan menerap kuih-muih seperti yang tersebut di atas.

Untuk maklumat lanjut berkaitan mesin ini sila link [DI SINI]

Friday, February 19, 2010

Cemburu Seorang Isteri!

Saling Bahu Membahu



Mengapa seseorang isteri sering mencemburui tindak tanduk suaminya?
Tidakkah dia sedar selama berbelas-belas tahun bahkan berpuluh-puluh tahun tidur berbantalkan lengan suami, mengapakah dia masih tidak dapat memberi kepercayaan kepada suami?

Seseorang suami yang masih bersama kita sehingga sekian lama bermakna dia adalah suami yang baik.
Jarang sekali kita mendapati suami begini akan bertindak di luar dari sepatutnya.
Selagi dia berupaya memberi kita nafkah zahir dan batin serta tidak mengabaikan anak-anak, itu adalah suatu petanda bahawa dia bahagia berada di sisi kita serta menghargai kita sebagai isteri.
Selagi dia masih setia dan pulang ke rumah setiap hari, itu adalah isyarat paling jelas betapa dia memerlukan kita melebihi orang lain.

Seseorang isteri harus meletakkan kepercayaan mendahului rasa cemburu, kerana itu adalah penghargaan  terbaik terhadap suami yang dicintai.

Tuesday, February 9, 2010

Keluar Seorang Pulang Sebelah Badan!

Gadis remaja perlu didampingi



Mengapa pelajar perempuan suka ke tandas berteman?
Bila minta izin dari cikgu untuk pergi ke tandas mesti nak ajak teman. Mengapa?

Bila saya tanya inilah jawapan mereka :
'malu jalan sorang-sorang..
'takut hantu, orang kata tandas sekolah kita berhantu..
'pelajar lelaki suka usik..
'pintu tandas tiada penyelak, kawan tolong jaga semasa saya di dalam..
'saya uzur, kawan tolong escort dari belakang takut orang nampak..
'nak betulkan tudung @ anak tudung @ pakaian dan yang sama waktu dengannya...

Saya memang izinkan mereka keluar dan boleh menerima alasan tersebut, hinggakan saya 'offer pula
supaya ajak teman, jangan berjalan seorang diri. Bila saya kata, 'tak ajak kawan ke ni. manalah tau ada hantu kat tandas tu dimakannya awak tinggal sebelah badan aje?'
Secara automatik mereka mencuit kawan di sebelah.

Situasi persekolahan di zaman dahulu memang jauh berbeza daripada sekarang.
Zaman dahulu pelajar lebih berdikari dan berani. Guru tidak perlu terlalu risau dengan perkembangan pelajar di sekolah berbanding kini pelajar perlu dipantau dari masa ke semasa.

Seseorang guru yang mengajar di sekolah menengah memang berhadapan dengan ledakan emosi pelajar yang sedang meningkat remaja. Perubahan ini menyebabkan mereka perlu diberi perhatian yang lebih oleh guru sewaktu di sekolah. Mereka memerlukan tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan, apalagi  kini ibu dan bapa masing-masing bekerja mencari rezeki.

Salah satu peranan guru di sekolah adalah berdampingan dengan pelajar. Pelajar akan merasa dihargai apabila kita sering meluangkan masa untuk bersama mereka, berbual-bual dan bertanya-tanya serta selalu menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan.

Sebenarnya apabila kita sering berdampingan dengan pelajar dalam suasana yang mesra dan penuh kasih sayang, lama kelaman mereka akan menjadikan kita sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan merujuk masalah yang dihadapi.Secara tidak langsung tugas guru menjadi lebih mudah di dalam kelas.

Persoalan kepada masalah seseorang pelajar sebenarnya ada dalam diri pelajar tersebut. Jika kita berusaha mendapatkan jawapan melalui kekerasan, nescaya kita gagal. Dampingilah dan berinteraksi dengannya dengan kasih sayang, kelak jawapan sebenar akan keluar dari mulunya sendiri tanpa dipaksa.

Saya Mengalu-alukan Komen Dan Cadangan Anda!

Setelah dicadangkan oleh sahabat blogger Oh! Malaysia dalam ruangan chitchat (terima kasih daun keladi En Amir), saya baru menyedari bahawa blog ini sukar di akses untuk pengunjung memberi komen.Saya cuba memberi komen sebagai 'Guest dan ternyata gagal. Teman-teman pun ada juga yang beritahu masalah ini.

Kini saya dah setting semula bagi memudahkan pengunjung dan sahabat blogger memberi pendapat dan idea bagi kebaikan kita bersama. Tiada lagi syarat yang menyusahkan dan membosankan itu.

Saya mempersilakan sesiapa sahaja berkunjung dan berinteraksi dengan hati terbuka.

Friday, February 5, 2010

Nilai Lelaki Di Mata Wanita!

Apakah yang dipandang oleh seorang wanita terhadap lelaki?



Seorang lelaki patut mengetahui apakah ciri-ciri yang perlu ada pada diri mereka,
barulah proses memikat wanita idaman terlaksana tanpa halangan.

@ rupa dan bentuk badan
Bentuk fizikal dan tubuh badan adalah anugerah dari Tuhan. Seseorang wanita tidak memilih pasangan berdasarkan ketampanan atau handsomenya lelaki itu. Istilah kacak seorang lelaki itu sebenarnya adalah subjektif, dan terpulanglah kepada naluri wanita itu sendiri.

@ ilmu dunia dan akhirat
Wanita memilih lelaki yang berilmu atau berpendidikan kerana semakin tinggi ilmu seorang lelaki semakin  mudah beliau mendidik isteri dan anak-anaknya. Amalan baik yang dilakukannya setiap hari seperti bersolat, berpuasa dan sebagainya itu menjadi pelita kepada sebuah keluarga bahagia.

@ budi-bahasa
Ada sesetengah lelaki mempunyai taraf pendidikan yang tinggi hingga mendapat Sarjana atau Phd. Jikalau ilmu ditambah dengan budi pekerti yang baik, betapa tingginya martabat lelaki itu di mata wanita.Tetapi alangkah malangnya beliau jika mendapat pendidikan yang tinggi tetapi masih gagal mendidik dirinya sendiri.

Wanita lebih menyukai lelaki yang matang, bijak dan ada unsur humor bila bercakap. Tetapi penyayang dan bersopan serta menghormati wanita .Jauhkan perkataan menghina, mengutuk, menuduh apalagi mencarut. Nilai seorang lelaki begitu mudah dilihat sebaik sahaja dia membuka mulut.

@ rajin membantu
Lelaki yang baik adalah sinonim dengan ringan tulang atau rajin.
Wanita memerlukan bantuan dan sokongan dari seorang lelaki sewaktu membuat sesuatu kerja atau tugas.
Jikalau diberi pilihan tentulah lelaki pemalas tidak mendapat tempat di hati wanita

@ harta kekayaan
Mengukur kekayaan atau harta benda seseorang adalah subjektif. Terpulanglah kepada wanita tersebut yang menilainya kerana ada yang menganggap semakin berharta seorang lelaki semakin tinggi asetnya di mata wanita.Tetapi sebahagian wanita tidak meletakkan harta benda sebagai syarat memilih pasangan.