Followers

Tuesday, April 13, 2010

Jasmine: Simbol Sebuah Cinta!

jasmine2

Sentimental benar perasaan hari ini, merindui orang-orang yang telah tiada di sisi, mereka yang telah pergi menyahut seruan Ilahi, meninggalkan dunia yang fana ini...dan tak mungkin akan kembali lagi.

Nenekku sukakan bunga  Jasmine, dia tanam pokok ini sekeliling rumah. Atukku yang gemburkan tanah dan letakkan baja.Waktu senja ia mengharum nenekku petik dan taburkan atas sejadah sementara menunggu atuk mengambil wudhuk. Ada waktu apabila nenek terlewat atukku pula yang bentangkan sejadah dan menunggu nenek.
Nenekku taburkan bunga jasmine dan cempaka di atas katil Paksu, 'nanti petang Khamis ni Paksu dan Cik Ani balik!' ujar nenek.
jasmine3
Aku hanya melihat kasih sayang di antara mereka yang tidak pernah terucapkan.
Namun aku tahu cinta mereka,
harum
suci
abadi

Aku berdoa semoga mereka berada di dalam lindungan kasih sayangMu ya Allah!

6 comments:

  1. Help me find 70,000 kind hearted people worldwide willing to buy virtual lemonade to help fund for college

    Pixels for Lemonade

    ReplyDelete
  2. .....itu tandanya mereka berada dalam rahmat tuhan apabila kebaikan yang mereka tinggalkan dikenang oleh anak cucu....

    ReplyDelete
  3. kak za...baca post ni buat na terkenang tok wan & mok..rindu sungguh rasanya..moga mereka bahagia di sana..

    ReplyDelete
  4. @Linda: tq Linda!

    @ALFAQER ILALLAH: semoga roh orang-orang beriman dalam ketenangan di alam baqa'

    @ummu_anis: gagal meneruskan bicara..
    kabur dek airmata nan tumpah..
    membasahi keyboard.

    ReplyDelete
  5. sedih baca post kak za kali nie..rindu kat arwah mok ngn tokwan..andai mereka berdua masih ada alangkah bermaknanya hari kga kita..InsyaAllah ingatan terhadap mereka kekal sehingga ke akhir hayat kita semua...

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirajiuunnn

    ReplyDelete