Followers

Wednesday, December 30, 2009

Seni Jahitan Manik - Siri 6





Kuntum Jasmine

Menggunakan 2 jenis manik sahaja iaitu :
@manik segi empat
@manik berlian (tengah kelopak bunga)


Pilihlah warna manik yang sesuai dengan fabrik, iaitu  mengikut ton warna  

Fabrik plain paling cantik jika dijahit dengan bunga-bungaan manik


Langkah pertama ialah menentukan kedudukan kuntum bunga dengan menanda secara dot lalu dijahitkan manik berlian sebagai inti/tengah kelopak bunga


Kaedah jahitan ialah Jelujur Halus dan Jelujur Kasar

Untuk membentuk kelopak bunga atau daun, 3-4 biji dicucuk untuk sekali jahitan, ulangi jahitan supaya lebih kukuh

 Setelah kuntum-kuntum bunga siap dijahit barulah menjahit hiasan tambahan di keliling bunga tadi




Monday, December 28, 2009

Seni Jahitan Manik - Siri 5





Kuntum-Kuntum Salju

Jahitan ini menggunakan  3 jenis manik iaitu :
@ manik bentuk segi empat
@ manik bentuk biji padi
@ manik bentuk bulat


Kaedah jahitan ialah Jahitan Jelujur Halus dan Jelujur Kasar


Tanda / bina dot  di atas fabrik untuk menentukan jarak untuk setiap kuntum bunga.


Bahagian hujung lengan atau leher boleh dibuat jahitan batang untuk penambah seri.


Silakan mencuba.

Sunday, December 27, 2009

Seni Jahitan Manik - Siri 4




Delima Kristal
Menggunakan 2 jenis manik iaitu Kristal dan manik segiempat. 
Pilihan warna perlu sesuai dengan warna fabrik. 
Kaedah jahitan ialah jelujur halus. Gunakan 4 lembar benang atau 2 lembar benang tetapi dijahit dua kali – ini menjamin jahitan lebih kukuh. 
Mudah dan simple. Namun tampak manis menawan, amat sesuai dijahit pada pakaian gadis remaja.

Seni Jahitan Manik - Siri 3










Match N Mix


Menggunakan dua jenis manik  yang berbeza (bulat, silinder, segiempat atau biji padi atau mengikut citarasa masing-masing).
Boleh juga gunakan manik yang sama  tetapi kombinasi warna yang berbeza. 
Sesuai padankan (match) dengan jenis dan warna fabrik. 
Kedua-duanya dicampur  (mix) dalam satu bekas. 
Jahitan paling mudah iaitu  dibuat secara rawak sahaja membentuk taburan di atas fabrik. 
Dan hasilnya tidak mengecewakan. Begitu elegant dan bergaya.



Saturday, December 26, 2009

Seni Jahitan Manik - Siri 2



Mekar Setaman


Jahitan ini menggunakan 3 jenis manik yang berbeza iaitu:
Labuci(sequin) bentuk bunga,
Manik bentuk segiempat
dan manik bentuk silinder


Untuk memudahkan kerja menjahit,  lakaran jarak antara pokok bunga perlu dilukis dengan pensel ke atas fabrik.


Kaedah jahitan adalah simple sahaja iaitu Jahitan Jelujur Halus.


Untuk bahagian hujung lengan/fabrik saya menggunakan stail  Mix dan dijahit mengikut kaedah Rawak.


Dan hasilnya sungguh mempersonakan. Semoga ada manfaat untuk yang berminat.

Awet Muda Dan Kecantikan Hakiki!!




Tahukah anda bahawa mereka yang hidup dalam gaya serba sederhana atau kekurangan material lebih mampu untuk merealisasikan kehidupan ini ke arah yang lebih sempurna?




                                      Walaupun tiada kereta mewah atau rumah yang besar dan cantik,
 namun mereka inilah yang menceriakan kehidupan orang-orang yang berada di sekelilingnya.


Cubalah tanyakan kepada mereka apa yang membuat mereka sentiasa tersenyum dan ketawa?

Aku sering terkenang kehidupan lalu bersama ibu bapaku. Keluargaku yang penuh kedhaifan, adik-adik yang ramai dan memenuhkan kediaman kami yang kecil. Tetapi kehidupan kami amat gembira setiap hari, malahan tidak pula kecundang dalam menggapai impian masing-masing.




Rahsianya adalah terletak pada hati yang bahagia. Berilah hati yang bahagia kepada orang lain, kelak kebahagiaan yang datang adalah berganda.


Hati akan sentiasa bahagia jika sudi berkongsi dengan orang di sekeliling kita. Berbuat ramah dengan jiran dan saudara-mara, ikhlas dan jujur tanpa rasa iri hati. 


Tersenyumlah selalu kerana itu adalah petua awet muda dan kebahagiaan hati akan menyerlahkan kecantikan yang hakiki.








Friday, December 25, 2009

Seni Jahitan Manik - Siri 1



Kembar Mutiara
Untuk jahitan ini saya menggunakan 2 jenis manik iaitu jenis mutiara (m) dan manik bentuk silinder(s). Warna yang dipilih perlu sesuai dengan warna fabrik. Kombinasi manik ialah s+mm+s untuk sekali cucukan. Saya menggunakan kaedah jahitan batang iaitu jahitan undur ke belakang. Buat jahitan hingga selesai satu baris. Ulangi lagi jahitan untuk baris kedua. Dan terhasillah jahitan 'double seperti di atas.
Saya akan tunjukkan pula jahitan2 berikutnya pada siri akan datang. InsyaAllah.

Tersenyumlah!! Anda Pasti Bahagia!

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit  rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas, pasti menarik.
Senyuman tetap baik untuk sesiapa saja termasuk diri yang memberikan senyuman itu.


Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Wednesday, December 23, 2009

Mutiara Kata


Menghargai keistimewaan diri ibarat berada di puncak bukit, harganya tidak ternilai

Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Tuesday, December 22, 2009

Motivasi Diri Anda!!


Cintailah Diri Sendiri!

Pernahkah anda merasa tidak puas hati pada diri sendiri?

Apabila seseorang mula merasakan bosan pada dirinya sendiri,
itu adalah satu petanda bahawa ia adalah seseorang yang sangat membosankan kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya.

Terdapat 9 cara boleh membantu anda untuk mencintai diri sendiri. Cubalah cara-cara tersebut dan lihatlah perubahannya!

@Terimalah diri anda seadanya, hentikan segala kritikan

@Sokonglah diri sendiri, benarkan kawan-kawan membantu anda

@Pujilah diri sendiri

@Jangan menakutkan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan

@Bersikap baik terhadap minda kamu kerana membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran

@Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar. Layani diri sebagaimana orang lain melayani anda

@Usah membenci musuh-musuh, sebaliknya pujilah mereka kerana pujian tersebut dapat membantu apabila diperlukan

@Ambil berat tentang kesihatan, baik pemakanan atau senaman

@Cermin diri, luahkan seluruh rasa cinta yang anda miliki pada diri sendiri

[MIDI 1 Sep 2008]

Segala Perkara Itu Ada Kebaikannya






Manusia menyukai sesuatu perkara tetapi akhirnya merugikannya, ada juga sesuatu perkara tidak disukai manusia namun kesannya justeru terpuji baginya.

`Sesungguhnya ada hamba yang memohon kepada Allah untuk dipilihkan yang baik baginya (Istikharah) dalam sesuatu perkara, lalu Allah memilihkan yang baik baginya, namun ia tidak rela dengan ketetapan Allah itu, lalu ia menunggu untuk melihat kesan dari perkara itu sehingga pada akhirnya jelaslah baginya bahawa sesungguhnya Allah telah memilihkan yang baik baginya’
                                  (Ibnu Umar ra)

Firman Allah:
`Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi  (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’
                                  (Surah Al-Baqarah : 216)

Orang yang memohon dipilihkan yang baik kepada Allah hendaknya memasrahkan pilihan kepada Allah, menyerahkan urusannya kepada Allah, berlepas diri dari daya dan kekuatannya, dengan begitu doanya lebih cenderung diterima dengan keizinan Allah.

Sesungguhnya yang haq itu selalu bertentangan dengan hawa nafsu.

Sumber:
[Muhammad Salamah Jabr. Doa Dapat Menangkis Takdir.Pustaka Syuhada]


Mencari Bahagia 2


                                 11 Tip 
                           Mencari Bahagia

§ Kebahagiaan Adalah Kesedehanaan

§ Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki

§ Jangan Irihati Dengan Kebahagiaan
Orang Lain
    
§ Tetapkan Matlamat Hidup

§ Ekspresi Diri

§ Tidur Dengan Tenang


§ Lupakan Kisah Duka

§ Azam Baru


§ Sentiasa Bersedia

§ Hidup Berteman


§ Bangkit Dengan Ceria

Sumber:
[MIDI 1 Mei 2009@Karangkraf.Sdn.Bhd]