Followers

Saturday, November 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Salam Aidil Adha kepada adik bongsu tersayang Hisham Abdul Rahman yang berada jauh di bumi Jordan,
namun sentiasa dekat di dalam hati.

Tuesday, November 17, 2009

ANAK SAUDARA SULUNG!

Happy Birthday untuk anak saudaraku Nurul Fatin!! Arini 18 November 2009 genap umurnya 18 tahun. Sebaya anakku yang kedua Asmat Salsabila, dan sahabat baik anakku juga. Malam tadi gamat rumahku sambut besday Fatin. Aku sering mendoakan mereka dapat menempuhi dunia remaja ini dengan penuh kewaspadaan. Semoga Fatin berjaya mengejar cita-cita dan berada dalam lindungan Allah selalu.

@sepupuku Zamri Yusof pom sambut birthday arini gak! Hepi besday untukmu juga.

Monday, November 16, 2009

KENANGAN MANIS DI JAKARTA-BANDUNG

Pada 5 hingga 9 Jun 2009 aku berpeluang melancong ke negara Indonesia bersama teman-teman seperjuangan. Antara tempat paling mengagumkan ialah Hot Spring Water dan Tangkuban Parahu. Namun indah bumi orang lebih indah lagi tanah tumpah darah sendiri.

Nanti ada masa lapang aku publish slide-show gambar-gambar menarik semasa berada di sana.

Thursday, November 5, 2009

KESIBUKAN SUDAH BERMULA!



Ini adalah fenomena biasa di sekolah apabila tiba penghujung sesi persekolahan. Setiap orang guru akan mula terasa bahangnya. Mana tidaknya, register perlu di up-date, fail perlu dikemaskini sebelum disimpan di bilik data, buku teks perlu dipungut, yuran perlu dibereskan, pelajar akan menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, STPM atau Peperiksaan Akhir Tahun, kertas peperiksaan sedang menunggu untuk ditanda dan seribu satu tugas yang wajib settle sebelum cuti sekolah bermula. Bagaimanapun tugas tetap dilaksanakan penuh dedikasi!

Tetapi pada tahun ini kesibukanku menjadi berganda kerana terpaksa bergelut dengan assignment, tutorial dan kini sedang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Maklumlah, orang lama. Tenaga merosot stamina pun makin berkurangan. Hanya berbekalkan semangat yang masih ada. Semoga Allah memberiku kekuatan menempuh liku sebagai 'mahasitua!

Tuesday, November 3, 2009

ANUGERAH! OH ANUGERAH!


M ajlis Anugerah Paduka 2009 berlangsung di sekolahku semalam jam 2 petang dalam suasana penuh gemilang. Pelajar menerima anugerah kecemerlangan mengikut bidang masing-masing. Tidak dilupakan juga jasa dan khidmat bakti guru-guru yang tidak mengenal putus asa mendidik anak bangsa. Aku merasa diriku insan bertuah kerana berkhidmat sebagai guru. Majlis sebegini memberiku sumber ilham dan dorongan untuk terus berkhidmat dengan niat kerana Allah demi memberi ilmu yang terbaik untuk setiap pelajarku. Bukan anugerah yang diidamkan tetapi tanggungjawab yang dipikul ingin dilaksanakan dengan penuh komited.

Monday, November 2, 2009

ALHAMDULILLAH

Bersyukur kepada Allah kerana aku masih dipinjamkan nafas hingga ke hari ini.
Tiada ucapan yang lebih baik bagi seorang hamba Allah selain melafazkan Alhamdulillah sebaik membuka mata setiap pagi.